!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Pimp My Profile

Wednesday, August 13, 2008

Knangan Bersama Azan......


Azan.. Azan... Azan.......

Azan...
Azan....
Azan.......





ha......knangan with Azan(sebelah kanan aku)...ingat lagi waktu ni kami SPC n ATU student go to Botanical Garden at Putrajaya.. this is bcoz our bi teacher, Pn Fawiza yg soh ktowg pg... she said best giler.. that's absolutely true.. mmg best.. sape yg xg 2 rugi gilerrr.....he3..Actually we are cycling around the botanical garden.. oops, it's not mean that we are bring bicycle from uniten..huhu.. kat sane ade la bicycle for rent...we are cycling about 10am-12pm..mmg puas le... we not just cycling around the botanical garden. but we have makan2 gitu... kami msak sndri tuh.. ktorg cari la pot tepi tasik 4 the breakfast...the view is very nice..lg2 prut tyme 2 tgh lapor..huuhh.. stelah puas, kami pn go back la... sje je nk critekan pengalaman ni.. my fren Azan bru fly ke US..sdey:(..ble ntah nk jmpe lg...tp pape pn Azan bkn nye g US ske2..die perlu truskan perjuangannya to be marine engineer..i wish the best of luck to U Azan!!!!










Tuesday, August 12, 2008

NAUZUBILLAH..DASYATNYE NERAKA..

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai"

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"..

Sunday, August 10, 2008

Bagaimanakah Malam Pertama Kita??


Bagaimanakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti; Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?
" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza." "Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?" Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita. Lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!


Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka yang mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:

"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)


Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.

"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Renungan bersama..

Assalamualaikum....

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد فأتي به فعرفه نعمه فعرفها قال : فما عملت فيها ؟ قال : قاتلت فيك حتى استشهدت قال : كذبت , ولكنك قاتلت ليقال جريء , فقد قيل : ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار , ورجل تعلم العلم وعلمه , وقرأ القرآن فأتي به فعرفه نعمه فعرفها قال : فما عملت فيها ؟ قال : تعلمت العلم , وعلمته , وقرأت فيك القرآن , قال : كذبت , ولكنك تعلمت ليقال : عالم , وقرأت القرآن ليقال : قارئ فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار ورجل وسع الله عليه وأعطاه من اصناف المال كله ، فاتي به فعرفه نعمه فعرفها ، قال : فما عملت فيها ؟ قال : ماتركت من سبيل تحب أن ينفق فيها الا أنفقت فيها لك قال كذبت ولكنك فعلت ليقال هو جواد فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه ثم القي فى النار

Dari Abu Hurairah ra, 'Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda' :
'Sesungguhnya yang pertama-tama diadili pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang telah mati syahid. Setelah ia didatangkan, Allah swt memperingatkan nikmatNya dan ia pun mengakui nikmat-nikmat itu.'
Allah swt telah bertanya, 'Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat itu?'. Orang itu menjawab, 'Saya telah berperang dijalanMu sehingga saya telah gugur syahid.' Allah swt berfirman, 'Kamu dusta, kamu berperang supaya dikatakan seorang pahlawan dan perkara itu telah diperoleh.' Kemudian Allah swt memerintahkan supaya dia diheret dengan mukanya terlangkup lalu dicampakkan ke dalam neraka.
Orang yang kedua ialah seorang lelaki yang telah belajar ilmu pengetahuan, mengajarkannya, dan juga membaca al-Quran. Dia didatangkan di hadapan Allah swt dan Allah swt memperingatkan nikmat-nikmatNya dan ia pun mengakui nikmat-nikmat itu.
Allah swt berfirman, 'Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat itu?' Lelaki itu berkata, 'Saya telah belajar ilmu dan mengajarkan ilmu itu. Saya juga belajar al-Quran keranaMu.' Allah swt berfirman, 'Kamu dusta, sebaliknya kamu belajar supaya kamu dikatakan seorang yang alim dan kamu membaca al-Quran supaya kamu dikatakan seorang qari dan sesungguhnya perkara itu telah diperoleh.' Kemudian Allah swt memerintahkan supaya dia diheret dengan mukanya terlangkup lalu dicampakkan ke dalam neraka.
Orang ketiga ialah seorang lelaki yang Allah swt telah permudahkan rezeki baginya serta mengurniakannya dengan segala jenis harta. Maka dia didatangkan lalu Allah swt memperingatkan nikmat-nikmatNya dan ia pun mengakui nikmat-nikmat itu.
Allah swt berfirman, 'Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat itu? Orang itu menjawab, 'saya telah membelanjakan pada jalan-jalan yang Engkau suka, untuk keredhaanMu. Allah swt berfirman, 'Kamu dusta, kamu telah membelanjakannya supaya kamu dikatakan seorang dermawan dan sesungguhnya perkara itu telah diperoleh.' Kemudian Allah swt memerintahkan supaya dia diheret dengan mukanya terlangkup lalu dicampakkan ke dalam neraka.

(Hadith riwayat Muslim- dipetik dari kitab Misykat)

My favourite lauk..



Sambal tumis..mmm...

Bahan-Bahan:

4 sudu besar cili boh
100 gm bawang merah
50 gm bawang putih
30 gm halia
30 gm ikan bilis
50 gm belacan1 cawan air asam jawa



Cara:

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.Tumis dan masukkan cili boh, belacan, ikan bilis dan air asam jawa.Biar hingga pecah minyak dan masukkan garam secukup rasa.